Friday, October 22, 2010

Takkan ku lupakan detik itu..

Alhamdulillah...kini genap 2 bulan aku bergelar ibu kepada anak sulungku, UMAR AWSAM... masih terbayang2 lagi bagaimana proses kelahiran anakku ini...sebagai kenangan untuk diriku sendiri, aku coretkan rentetan peristiwa pada hari tersebut..

Aritu hari sabtu, 21 Ogos 2010..dah seminggu aku mencutikan diri di kg halaman..ada 8 hari lagi untuk sampai ke tarikh jangkaan bersalin. Masa nak solat zohor, sedang aku nak ambil wuduk, aku perasan ade darah + lendir sikit. oh! aku terpanic..ni ke tanda2 nak bersalin? aNNie..dont panic..relaxs..

Aku bergegas bgtau kepanican aku td kat CMS..CMS ajak gi hospital tp aku xde rasa sakit pape pun lagi..so ignore je la dlu..ptg pas asar ktorg gi bazar ramadhan..aku teringin nak mkn cendol. masa kat bazar ramadhan tu aku dh mula rasa sakit2 mcm senggugut tu..

Balik tu inform mak..mak suh pegi hospital after maghrib nanti..masa nak solat maghrib tu ada lagi keluar sikit darah..ktorg pun bergegas pegi hospital..nurse cek bukaan baru 2 cm..tapi masa nurse cek denyutan jantung baby, nurse kata macam ada masalah sikit n air ketuban kurang. Aku ditahan wad n dimasukkan air. Pukul 11 malam, aku dah mula rasa contraction tp x kuat..masih boleh kawal..masa tu sempat lagi tgk cite cerekarama kat wad tu sambil makan roti.

Pukul 12 mlm, aku dh rasa x boleh tahan..darah mula keluar agak banyak..tiba2 time tu rasa sakit perut mcm nak buang air besar. Mak ngan CMS ada tggu aku kat tepi tingkap luar wad tu sbb x dibenarkan masuk. Masa tu aku hanya boleh berserah dengan Allah s.w.t. Mak risau sangat mak kata tu sakit perut nak beranak dah, tapi aku yakin aku memang nak buang air besar. Masa otw g toilet, nurse nampak darah aku dah menitik-nitik. nurse suh aku baring nak cek bukaan tapi aku dah x tahan, nak g toilet jugak..keluar je, nurse cek bukaan dah 5 cm.aku dimasukkan dalam labour room. CMS ketuk2 pintu wad nak masuk teman aku. Dalam labour room, doc cek bukaan dah 8 cm n dia terus pecahkan air ketuban. Contraction makin kuat n aku rasa baby ni macam melonjak nak keluar sendiri. Aku cuba push sekuat hati tapi masih x berjaya. Macam2 nurse n CMS bagi kata-kata semangat. Akhirnya tepat jam 2.00 pagi, tanggal 22 Ogos 2010, anakku selamat dilahirkan ke dunia..

Walaupun baby dah selamat dilahirkan, aku masih kena tahan kat labour room utk proses bersihkan rahim dan proses jahitan..kenangan pahit buat aku apabila nurse tersilap jahit dan terpaksa buka semula hampir separuh jahitan. Sakitnya masa tu melebihi kesakitan masa nak melahirkan anak..huhu..aku agak serik untuk bersalin lagi..bukan serik masa nak lahirkan tu, tapi serik masa nak kena jahit..pukul 4.00 pagi, baru la semuanya selesai dan aku direhatkan di wad bersama-sama anakku, Umar Awsam...CMS azankan kat telinga Umar. Kami bersyukur padamu Ya Allah kerana dipermudahkan dan dikurniakan cahaya mata ini. Sekian sahaja ceritaku buat tatapan anda semua..hehe...

Wednesday, July 28, 2010

Promosi Jualan Baju Raya...!!!


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma 2 mggu lagi..(puasa pun x mula lagi..hikhik..)
aNNie @NuRani's Collections ada menjual pelbagai jenis

JUBAH dan BAJU KURUNG MODEN

untuk anda semua menggayakannya di hari raya nanti...

Bagi rakan-rakan yang sudah kesuntukan masa dan mungkin ada tukang jahit yang dah tak terima tempahan baju raya, bolehlah membuat langkah bijak dengan membeli baju raya 
@NuRani's Collection..memang berbaloi...

TAWARAN HARGA ISTIMEWA
HANYA DALAM MASA
2 MINGGU INI SAHAJA..!!
(mulai 28 Julai 2010 hingga
14 Ogos 2010)


Bagaimana nak beli?
  1. Buat pilihan anda
  2. Buat tempahan melalui emel di ct_nurani85@yahoo.com atau di talian 0176536191
  3. Proses pembayaran secara bank in atau transfer melalui cimbclick @ maybank2u
  4. Baju raya anda akan dipos dalam masa 2 hari selepas pembayaran dibuat.
  5. Jaminan baju raya akan sampai ke tangan anda dengan selamat..=)
  6. Selamat membeli-belah...
Baju Kurung Moden Pelepah
RM 160 RM 130 (termasuk harga pos)

Kelabu (saiz 36, 40, 42)

Hijau (saiz 36, 40, 42)

Pitch (saiz 36, 40, 42)


Baju Kurung Moden Abstrak
RM 150 RM 130 (termasuk harga pos)

 Oren (saiz 40, 44)

 Ungu (saiz 38, 42)

 Biru (saiz 40, 44)


Jubah Rose Kecil
RM 110 RM 90 (termasuk harga pos)

Turqoise (saiz 42, 44)

Kuning (saiz 42, 44)
 
   Biru (saiz 42, 44)


Jubah Pelangi
RM 120 RM 90 (termasuk harga pos)

Pink (saiz 38)

Hijau (saiz 38)

 Biru (saiz 38)


Monday, July 26, 2010

----<@ red rose 'n' strawberry


Entri kali ini adalah cerita tentang bunga mawar merah dan buah strawberi je..entah kenape sekarang ni aku menjadi begitu obses terhadap dua objek berwarna merah ni...sebab tu font pun aku buat kaler merah...


Disebalik bunga mawar@ros

Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyuran bunga ini sebagai pemberian yang paling diminati. Juga sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada rasa cinta, kasih sayang dan persahabatan. Jadilah
SEINDAH MAWAR BERDURI...



Disebalik buah strawberi

Sebagai pengikat kasih bagi pasangan yang sedang berkasih sayang..keenakan rasa buah strawberi menambahkan lagi rasa cinta apabila dinikmati bersama..lebih-lebih lagi
STRAWBERI COKLAT..














Monday, May 31, 2010

Taugeh Jubah

upss..not taugeh jubah but tauke jubah..hehe...sekarang aNNie dan Encik 1001 dah hampir menjadi ahli perniagaan yang berjaya...cewahhh..bunyi macam ada empayar perniagaan yang besar je..padahal berniaga kat bilik guru sekolah je..hahaha..oklah, untuk pengetahuan semua, kami berdua sedang berniaga jubah sekarang ni (salah satu cara untuk promosi..siapa2 nak beli, bolehlah contact kami ye..) alhamdulillah..setakat ni sambutan amat memuaskan...cuma bayaran je kurang memuaskan lagi sebab ramai berhutang..hehe..tapi takpe, soal pembayaran tak jadi masalah..yang penting semua pembeli puas hati dengan jubah yang kami jual..sehingga hari ni kami dah berjaya jual hampir 20 pasang jubah...tahniah buat aNNie dan Encik 1001..=) teruskan usaha kita untuk berniaga...hasil keuntungan perniagaan ni kami berdua dah decide nak beli mesin basuh Panasonic..hehe..sebabnya kami berdua ni bukanlah jenis yang rajin nak basuh baju menggunakan tangan.. dalam urusan perniagaan kami ni, aNNie bertindak sebagai Executive Account, Encik 1001 pula sebagai Selling and Promotion Executive..huihui..berangan tahap tahpape je aNNie ni..takpela..memang impian kami untuk buka perniagaan satu hari nanti..ini mungkin langkah pertama dan sebagai pengalaman buat kami berdua...semoga perniagaan ini akan berkembang suatu hari nanti..INSYAALLAH..

Sunday, May 30, 2010

surat gagal

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W. PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

 
Tarikh : 28 Mei 2010

 
SITI ROHANI BINTI MOHD KADRI
SMK LKTP TERSANG
FELDA TERSANG 2
27610 RAUB
PAHANG

 
Tuan,

 
KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI BAGI SESI JUN 2010

 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri Sesi Jun 2010 telah mempertimbangkan permohonan tuan dan memutuskan bahawa permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.

 
3. Keputusan adalah muktamad. Permohonan pertukaran guru secara on-line bagi sesi Januari 2011 akan dibuka mulai 1 September 2010.

 
Sekian. Terima Kasih.

 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 
Saya yang menurut perintah

 
t.t

Pengarah
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

huaaaaahuaaaa...huishh! macam budak kecik je nangis-nangis ni..tapi kata orang menangis itu suatu penawar..seperti yang semua sudah sedia maklum berdasarkan isi kandungan surat cinta di atas, aNNie tidak dibenarkan untuk berpindah mengikut suami aNNie..ni mesti tuan pengarah tu saja nak uji kesetiaan aNNie terhadap Encik 1001 kan..tak apalah..apa pun keputusan yang aNNie terima, aNNie redha sebab semua ini adalah ketentuan daripada Allah s.w.t.. pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kegagalan ini. Walau macamanapun, hati aNNie tetap dilanda perasaan berikut sebaik sahaja mengetahui berita kegagalan ini..
....sedih
...sayu
...pilu
...kecewa
...nak nangis
...frust
...tension
...kesunyian
...sepi
...dan yg sewaktu dengannya

 kawan-kawan semua...doakan aNNie tabah mengharungi ujian dan dugaan sepanjang mengandung tanpa suami di sisi ye..doakan juga aNNie dan baby aNNie sihat walafiat dan mudah-mudahan aNNie akan bersalin pada tarikh yang telah dijangka...AMIN...

Wednesday, May 26, 2010

"nama pendek je tau"

apakah maksud topik entri aNNie kali ni?

hehe...itu adalah sedikit sedutan daripada dialog Encik 1001 dalam mesyuarat kami berdua yang membincangkan apakan nama terbaik buat anak kami nanti...

opppss..lupa pula aNNie nak bagitau..alhamdulillah..hari isnin lepas (24mei2010) aNNie pergi scan perut kat Klinik Ragavan, Raub..klinik tu buat promotion scan free sempena baru beli mesin scanner 3D.. inilah hasil scan aNNie pada hari tersebut..

dan hasil pemerhatian dr. ragavan, baby aNNie sihat walafiat..the most interesting news.. baby aNNie 70% menunjukkan ciri-ciri kelelakian...=D alhamdulillah...berita gembire buat Encik 1001 sebab memang Encik 1001 selalu berdoa inginkan anak lelaki... aNNie pula tak kisah boy or girl..yang penting baby aNNie nanti sihat dan sempurna sifat...aminn...

jadi, skop pencarian nama sekarang telah difokuskan kepada nama-nama lelaki sahaja...Encik 1001 nak nama yang pendek je sebab nama ayahnye dah terlebih panjang...setakat ni kami dah ada 2-3 nama yang sedang dipertimbangkan..tapi aNNie tak boleh bagitau lg..rahsia dulu ye..hehe...kalau siapa2 ada idea untuk nama baby boy aNNie ni, bolehla kemukakan cadangan anda...hikhik~

chaiyok2 aNNie...teruskan pencarian nama itu...~

Sunday, May 16, 2010

aNNie seorang guru...(^_^)~



Guru..
Kau lahirkan sebuah peradaban
Memalui nilai sebuah kasih
Kau layari sebuah dimensi
Melalui rasa hati
Kau pupuk kebijaksanaan
Melalui penyampaian

Guru
Sesungguhnya di dadamu ada harapan
Di lidahmu ada ikatan
Bicaramu, bicara ilmu
Kemarahanmu adalah firasat

Guru
Perjuanganmu, perjuangan bangsa
Didiklah, tuntunlah bunga negara
Kerana di bahumu terpikul amanah itu...


Guru itu unik...walaupun guru itu cuma seorang guru biasa, tapi gurulah yang telah menyebabkan lahirnya ahli bijak pandai di dunia ini.. kenapa aNNie kata guru itu unik? kerana sepanjang pengalaman aNNie menjadi guru, dah bermacam-macam bidang pekerjaan yang aNNie dah buat..antaranya:


  • DOKTOR @ NURSE - bila pelajar kita sakit, guru lah yang kena merawat pelajar itu sebelum dihantar ke klinik..

  • AHLI NUJUM - sebagai guru, kita semua perlu meramal kejayaan seseorang pelajar kita.. semua guru mesti dah biasa dengan istilah ETR kan..

  • HAKIM - mengadili sesuatu pergaduhan antara pelajar dah menjadi pekerjaan biasa seorang guru.

  • POLIS - menangkap pelajar yang membuat kesalahan seperti bergaduh, merokok dan sebagainya..

  • TUKANG KEBUN - bergorong-royong bersama-sama pelajar menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan sekolah..

  • PEGUAM - menjawab semua soalan yang diutarakan oleh penjaga pelajar tersebut.

  • PAK GUARD - menjaga keselamatan pelajar terutama ketika program perkhemahan..
Hari ini, 17 Mei 2010.. semua guru dan pelajar di Malaysia meraikan sambutan hari guru di peringkat sekolah.. tahun ini adalah kali ketiga aNNie meraikan hari guru.. terima kasih yang tidak terhingga kepada anak murid aNNie yang sanggup berkorban wang ringgit untuk membeli hadiah untuk cikgu aNNie yang comel ini.. (^^).. terasa diri ini sangat dihargai dan aNNie bangga dengan diri sendiri sebab menjadi seorang guru.. ucapan Selamat Hari Guru aNNie ucapkan kepada semua warga guru di Malaysia terutama buat suami tercinta, Cikgu Che Mohd Saribuwan yang baru saja dinobatkan sebagai 'GURU PALING SPORTING' di SMKAB.. tahniah sayang..!! isterimu ini berbangga denganmu.. semoga gelaran itu terus menjadikan dirimu seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam mendidik.. tidak lupa buat guru-guru yang telah mengajar aNNie sejak aNNie kecik, guru-guru PASTI J10, SKJ10, SMKJ02, SMSS, Matrikulasi Perak dan UM.. juga buat rakan-rakan guru di SMK Tersang dan sahabat serta ahli keluarga yang sama-sama berjuang dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa..

"Guru Pembina Negara Bangsa" !!

Thursday, May 13, 2010

MOM & BABY FAIR....

Alhamdulillah....berlalu sudah tarikh 8 mei yang aNNie nanti-nantikan selama ini...tarikh keramat itu adalah tarikh dimana aNNie n Encik 1001 merancang untuk menshoping barang-barang keperluan anak sulung kami....skrg usia kandungan aNNie ialah 6 bulan 1 minggu...memang macam terlalu awal untuk buat persediaan..tapi atas nasihat rakan-rakan guru yang sangat mengambil berat tentang diri aNNie, aNNie ikut aje...lagipun 7-9 mei lepas ada MOMS & BABY FAIR kat mid valley....Barang-barang yang nak dibeli aNNie dah listkan awal-awal lagi...macam-macam info yang aNNie dah tanya pada kawan-kawan dan kakak aNNie...

Pagi 8 Mei 2010, bermula lah ekspedisi membeli barang-barang untuk anak kesayanganku ini nanti... keterujaanku semakin terserlah bila ternampak ramai ibu-ibu mengandung ada kat mid valley pada hari tersebut...sampai aje di tapak expo, rasa macam tak tahu barang apa yang nak dibeli...banyak sangat barang-barang kat sini...orang pun agak ramai...kami berdua yang memang cetek ilmu keibubapaan (sebab tak ada matapelajaran ni kat sekolah dulu) buat keputusan untuk survey je dulu untuk round pertama..round kedua baru start shoping... aNNie dapat rasakan keseronokan shoping barang keperluan baby melebihi keseronokan shoping barang kahwin..sebab masa ini la perlukan keserasian kami berdua dalam membuat keputusan untuk memilih barang...aNNie sangat seronot + teruja dengan pengalaman ni...!! walaupun kaki tersangat lenguh dan badan pun rasa macam dah penat, tapi aNNie tetap masih boleh pilih barang keperluan yang sesuai untuk anak kami nanti...tak banyak sangat barang yang kami boleh beli sebab kami masih belum tahu jantina baby...sekarang ni aNNie masih survey-survey kat internet barang keperluan baby yang belum beli lagi...tak sabar nak tunggu episod shoping yang kedua...=)


Ini adalah barangan baby pertama yang aNNie beli... yang ni aNNie tak beli kat Midvalley, tapi beli kat Raub je.. mase tu aNNie baru pregnant 2 bulan... tapi aNNie seronok tengok barang-barang baby ni... tak sangka pulak boleh terbeli toy untuk baby...hehe...



yehaa...inilah antara barangan keperluan baby yang aNNie jumpa kat Mom & Baby Fair kat Midvalley.. Sili Smart Anti Colic Bottle adalah produk keluaran US BABY yang sangat sangat berkualiti..yang penting botol susu ni adalah BPA Free.. aNNie beli satu set terus.. ada 3 botol susu, bekas simpan susu, puting susu, straw, berus botol dan klip puting.. kenapa aNNie beli warna kuning? sebab set ni cuma ada 2 warna sahaja, kuning dan pink.. warna kuning sesuai untuk baby boy or girl..betul tak? hehe~


cute bag jenama FIFFY yang aNNie sangat sangat suka... nampak je terus aNNie ambil... terus juga bagi kat Encik 1001 yang tgh queue dengan panjangnya di kaunter untuk proses pembayaran..

Yang ni pula FLOWERY HAT...comel tak? flowery hat ni aNNie beli secara online kat koleksicomel.com.. walaupun aNNie tak tahu lagi jantina anak aNNie, tapi aNNie memang sangat tertarik dengan hat ni... kalau dapat baby boy pun aNNie tak kisah, aNNie masih boleh simpan hat ni kan...=)

ni pula ladybird romper... juga aNNie beli melalui koleksicomel.com.. yang ni aNNie rasa baby boy or girl dua-dua boleh pakai... so tak ada masalah la kan... comel tak??

Monday, April 26, 2010

Flashback V: Visit Terengganu


Tarikh : 28 November 2009 (Ahad)
Tempat : Felda Selasih, Besut
Tema : Kuning Oren







Flashback IV : Aturcara Pengantin Baru


Menjelang hari itu...(22 November 2009)
 












12.01 am : mata berkedip kedip..tak lena tidur...
12.10 am : bangun iron baju..
12.30 am : berfikir...
12.45 am : masih berfikir...
2.00 am : tertidur jua akhirnya
5.05 am : bangun tidur
6.15 am : mandi dan solat
6.35 am : masih sempat pakai inai untuk pekatkan warna inai di jari
6.55 am : sarapan ala kadar (tiada selera)
7.00 am : mak andam dan cameraman tiba
7.05 am : operasi make-up bermula
7.50 am : siap..!!
8.00 am : ke masjid menaiki VIOS cik sakila..bersama mumtaziah, fizah
               dan huda..
8.30 am : tok kadi sampai..(tok kadi lewat setengan jam membuatkan aku
               dan bakal suamiku tak senang duduk)
9.15 am : upacara akad nikah dimulakan..sebelum tu ada sesi soal jawab..
9.25 am : kaki kananku kebas..terasa seperti tiada kaki sebelah..!!
              maakkkk..tolong aNNie..!!
9.28 am : syukur..kaki dah kembali normal
10.00 am : sah bergelar isteri dengan sekali lafaz ..Alhamdulillah
10.30 am : kembali ke rumah untuk persiapan majlis sanding
11.30 am : sudah siap berbaju hijau lumut..~~weee
12.30 pm : ketibaan rombongan pihak lelaki (2 biji bas & 10 biji kereta)
1.00 pm  : makan beradab.. penuh keayuan dan kemachoan..tak kenyang langsung!
2.00 pm  : majlis potong kek..nyum nyumm~
2.30 pm  : sesi fotografi outdoor
3.00 pm : beramah mesra bersama saudara mara dan jiran tetangga
4.30 pm : kringggggg.. WAKTU REHAT..!! legaa....
5.30 pm : gotong-royong kemas halaman rumah dan perkakas kenduri
8.00 pm : makan malam
8.30 pm : tayangan semula video majlis pagi tadi
9.30 pm : sesi membuka hadiah
10.30 pm: tidur dengan lena...sangat kepenatan..zZzzzzz..~

~ sememangnya pengalaman yang tidak mungkin dapat diulang kembali..=)
~ di bawah ini ada beberapa gambar majlis aNNie sebagai tatapan pembaca semua...

:: Dari lubuk nurani, syukur buat Ilahi, Rahmatnya melimpah tidak bertepi ::
:: Terjalin mesra dua hati, Mendamba cinta hakiki, Moga kekal ke Fidrausi ::


:: Nah...amik duit mas kahwin ni..hehe ::









Sunday, April 25, 2010

Evening Sickness...

Alhamdulillah..aku disahkan mengandung setelah 2 minggu lewat period..berita terpaling gembira buat semua keluarga terutama suamiku dan diriku sendiri..terbayang di ruang mata..macamana rupa anak kami nanti ye..~

Masa 1st dan 2nd trimester, hampir setiap petang aku akan rasa keloyaan anak tekak..especially waktu dekat2 azan maghrib..So time ni jangan la offer apa apa makanan kat aku..aku akan rasa nak muntahhhhh..!!biasa orang akan risau dengan ‘morning sickness’..tp aku, lain pula bunyi sicknessnye..apepun, syukur alhamdulilah sebab kalau aku ada ‘morning sickness’, mesti aku dah selalu ambil MC..

Antara benda2 lain yang akan menyebabkan anak tekak aku rasa penin2 adalah:

1. Kalau ada bau asap
2. Bila terpandang lampu berkelip-kelip
3. Tengok gulai yang dimasak pekat macam masakan mamak
4. Bau peti ais rumah aNNie
5. Tengok hp sendiri
6. Bau sabun @ perfume yang over kuat..
7. Tengok laptop masa baru nak on (masa keluar word Microsoft Windows dan lampu laptop berkelip-kelip)

Tak ada apa-apa makanan pelik yang aku mengidam...cuma kadang-kadang je teringin makan cendol, buah jambu dan mempelam...Mr. 1001 pun faham dan selalu belikan aku buah-buahan, kurma dan kismis..

:: aNNie 5 bulan 2 minggu 1 hari ::

:: aNNie 5 bulan 3 minggu 5 hari ::

:: aNNie 6 bulan 1minggu ::


~Hari ini...
~Perut aNNie semakin membesar...
~Baby aNNie semakin aktif bergerak...
~Selera makan aNNie semakin membuak-buak..
~Dan berat aNNie juga semakin bertambah-tambah...
~Muka aNNie??Alhamdulilah setakat ni xde sebarang perubahan lagi...
~Harap-harap tak jadi tembam terlampau...haha~~

Who is CM1001?


My big boss

Besutian boy

Ex-mahasiswa UTM

Fantastic Mathematics Teacher at SAB

Guru Tuisyen @ asrama Yayasan Selangor

Penyokong Kelab Chelsea

Pemain Futsal terkemuka Felda Selasih

Pemain badminton yg disegani teman2

Peminat pakaian POLO

Penggemar ikan talapia

Juga penggemar ayam KFC bahagian drumstick

Obses terhadap nombor 9

Ustaz underground

Part time IMAM di rumah dan di surau flat Taman Putra Kajang

Pemilik JFT 3270 dan JHJ 4465

Johan Chess Titans tp smpai level 6 je..=p

Terbaru....ahli silap mata yang dikagumi oleh Siti Rohani

Father-to-be on end of August



CM1001 = Che Mohd Saribuwan

This guy is my lovely husband..~(^_^)~

Flashback III : Pertunanganku

Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Tempat : Teratak 298, Jengka 10
Tema : Kuning + Pink

:: Ya Allah,jadikanlah permulaan ini berakhir
dengan sebuah ikatan yang sah ::

:: Debar menanti saat cincin disarungkan bakal ibu mertua ::

:: Sebahagian hantaran daripada aNNie untuk Encik 1001 ::

 :: Sebahagian hantaran daripada Encik 1001 untuk aNNie::

:: cincin disarung tanda mengikat janji ::
  
Tup tup..aNNie dah bertunang..
Tapi dengan siapa?
Ingat lagi tak kisah praktikal aNNie dalam Flashback I ?
Yup..~~ Alhamdulillah, aNNie bertemu jodoh dengan seorang cikgu di Sekolah Aminuddin Baki.
Tapi jangan salah faham.. sepanjang tempoh praktikal, aNNie mengajar sesungguh dan setulus hati.. Cuma tak sangka diri ini sentiasa diperhatikan..cewah cewah...(^,^)..

Seminggu selepas aNNie ber’posting’, aNNie terima message daripada encik 1001 yang bertanyakan khabar aNNie.. tanpa segan silu, encik ini terus je meluahkan perasaannya... oohhh~~ apakah maksudnya ini semua?? (tarikh kejadian: 14 November 2008)

Masa berlalu begitu pantas.. encik 1001 bersungguh-sungguh ingin melamarku.. Sebelum membuat keputusan, aNNie sempat menguji kekentalan hati encik 1001.. dan kesemua ujian itu dihadapi dengan tenang dan aNNie sendiri terkagum dengan keperibadian encik ini...

Ya..~ kini engkau pilihanku...



Saturday, April 24, 2010

Flashback II : I’m posting today


Hah??!! aNNie kena mengajar kat Raub?? Tidakkkk...!! Tak pernah terlintas di fikiran langsung yang aNNie akan ditempatkan di daerah Raub. Secara automatik air mata aNNie bergenang..tanpa di pinta, secara automatik juga air mata itu mengalir membasahi pipi. Selera makan juga automatik hilang. Mak dan abah sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aNNie.

Perjalanan ke daerah Raub dimulakan. Doa sentiasa mengiringi kami semua. Teringat peristiwa pagi tadi sebelum sampai di Kuantan. Tayar kereta kancil ayah aNNie pancit. Mujurlah kami semua bertolak awal. Tidaklah terlewat sampai ke destinasi. Setelah hampir setengah jam sesat di Bandar Raub, kami pun sampai di Felda Tersang. Sebuah tempat yang sangat asing bagi diriku. Di sana, aNNie berkenalan dengan 4 orang lagi rakan yang ditempatkan sama satu sekolah dengan aNNie. Alhamdulillah, masih ada teman lain yang tercampak jauh di sini..

Moga-moga kehidupan baruku di sini akan sentiasa mendapat berkat dan rahmat daripada Allah s.w.t. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang telah ditentukan-Nya..

:: aNNie bersama 4 orang  teman guru yang baru posting ::

:: aNNie n Nisa ::

Flashback I: Eleh...cikgu praktikal je....

Di pintu pagar SMK Aminuddin Baki yang tersergam indah....

Pak Guard : Yes, can i help u?
Anie : Errr..yes2..u can help me..actually.....kami nak melapor diri cik..minggu depan kami semua akan mula ditempatkan di sekolah ni untuk Latihan Mengajar. (mak aiii... pak guard pun speaking..betul2 elit sekolah ni)
Pak Guard : oo..ok..you can go to the office now..for registration, please see Puan Pengetua.
Liza : ok, thank you mr guard..=)

Dup dap dup dap...urusan melapor diri pun selesai..jadual pun dah dapat...so mulai sekarang kami semua kena bersedia fizikal dan mental untuk berhadapan dengan pelajar2 Sekolah Aminuddin Baki ni..isnin depan akan bermula kisah hidup kami semua di SMKAB...

Bulan April........
Bulan Mei.........
Bulan Jun..........

dah habis praktikal....lalalalala

~Sekian~

larr..ape punye entry ni cik anie ooiii...
intro je ade...isi cerita xde yang menarik pun...ending apetah lagi....hehe...sabar2.....ini baru permulaan kisah hidupku yang telah banyak berubah sehingga la sekarang...JUST WAIT & SEE.....

Mukadimah Cinta..




Cinta itu menuntut penyatuan..
Apabila penyatuan tidak tercapai,
maka penderitaan akan merasuki jiwa..
Namun cinta kepada Allah bisa meredakan semuanya..

~ KEHIDUPAN ~



Album : Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

*sangat2 suka lagu ni...liriknya sangat bermakna..hayatilah sebaiknya..

Monday, March 1, 2010

yebaaaa..anie dah ade blog...

Salam ukhuwah untuk semua....

eh..eh...aNNie dah ade blog ye?hehe...jwpnnye iye, sudah ade...
sebenarnya hati aNNie rase tertarik untuk mule mencotet dan mencoret kisah2 perkongsian hidup ni adalah kerana sebab2 berikut:

  • the important sebab is pengaruh rakan sebaye aNNie sendiri iaitu cik aNNa a.k.a ejan...dlm blognye SANTAI ANNA yang begitu menarik minatku ini...(jgn terlalu bangge ye cik ejan)
  • 2nd sebab is jeles pulak tengok kawan2 n adik beradik aNNie yang dah ade blog sendiri...rase macam satu kerugian terhadap diri sendiri..
  • seterusnye sebab nak share n save memori2 yg mungkin tak dapat kita repeat semula...bile ade blog ni, senang nak open file kenangan2 lalu kan..=)
  • hmm..lg sebab nak bagi my big boss @ encik awan baca dan tau bahawa isterinya ini @ his secretary adalah seorang yang rajin menulis...hehe
  • dan last sekali untuk bagi anak2 aNNie nanti bace sendiri kisah rintik2 kehidupan mama n papanye...bermula la sebelum kawin, selepas kawin dan sampai terlahirnya diri mereka di muka bumi Allah ni...insya-Allah..
kerana sebab2 diatas, maka terhasillah blog yang aNNie sendiri pun tak tahu lagi apa perkembangannya selepas ni...kita tengok dan lihat je la ye..
harapan aNNie mudah2an blog ini dapat menjadi wadah untuk kita semua sebagai umat Islam berkongsi idea dan pendapat dalam mengharungi kehidupan sebagai muslimah sejati...amiin...


~SeNyuM iTu SeHaT~
if u smile, the world smile with u...