Tuesday, December 20, 2011

Impian Tercapai...

Dah lama aku berangan nak beli dslr camera ala2 cameraman tu..

sbnrnya aku ni mmg minat jugak dengan bidang2 fotografi ni cuma terdapat kekangan masa untuk aku bljr ilmu fotografi ni dgn lebih mendalam..almaklum la, ibu bekerjaya kepada 2 orang anak2 lelaki kan..(mihmihmih...mcm busy sgt je..)

Dengan ini diumumkan, akhirnya aku berjaya memilliki kemara ala2 dslr brand olympus model EPL-1..
camera ni mmg lagi sng nak guna sbb auto setting dia blh hasilkan gmbr yang cantik..cuma masalah lighting je kekadang mengganggu emosi aku utk snap gambar terbaek..

Harga camera full set RM1600 termasuk battery spare..


Jom tgk hasil photography aku menggunakan camera ni...








Sekian, terima kasih...=)

Tuesday, December 13, 2011

Kisah Straw...

Entri ni adalah idea daripada kakak ku...

Terasa happy sangat semalam dan hari ni sebab umar dah pandai minum guna straw..sSebelum ni aku gagal ajar umar untuk minum guna straw sebab mungkin masa aku start ajar tu, umar dah mula nk tumbuh gigi. so gusi umar gatal2 kot..bile aku bg straw je, umar akan gigit2 hujung straw tu smpai penyek..bila tgk baby2 lain pandai hisap straw, aku rasa jeles je..

Semalam, aku nekadkan diri ini untuk ajar lg umar..umar, anak ummi mesti boleh..!! balik skolah tu, aku singgah jap kedai 1 malaysia, beli susu kotak dutch lady yg saiz biasa ngan yg kid punya tu..sape x tau, aku sertakan gmbar skali kat bawah ni..


sampai umah, aku bg satu kotak yg kid kat umar, kotak yg besar aku pegang..then aku tunjuk cara nk cucuk straw tu, umar ikut skali..ok, yg ni umar mmg dh pandai..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
aku pun hisap straw tu smbil buat muka "hmmmmm...sedapnya minum guna straw.." umar pun buat gaya mcm aku smbil hisap straw tu and automatic umar dh pandai minum guna straw...alhamdulillah..aku gembira sgt2..terasa aku berjaya menjadi seorg ibu n guru yg cemerlang sbb anak murid aku a.k.a umar boleh buat ape yg aku ajar hari ni...learning outcome achieved..boleh up markah SKT ni..hihi

Sejak hari smlm, umar lebih senang minum air + susu sbb aku bagi minum susu guna cup yg ade straw je sbb umar mmg reject bottle...Umar, u're an awesome baby boy..=)
 

Monday, December 12, 2011

The Growth of Umar Awsam

Buat tatapan anak ummi Ya Umar Awsam...
ummi upload pic2 ni sbb nnt senang Umar nak tgk..
tak payah bukak2 album lagi..skrg kan zaman IT..

 Umar masa baru pas lahir..umur belum sampai sehari..
suci bersih tulus mulus je kulit Umar..comel sgt (mcm ummi..hehe)
Umar lena tidur di ulit mimpi maybe still kenyang sbb before
 Umar deliver ummi dah mkn byk mase berbuka puase..

Dah balik umah Tok Jengka..sempat balik umah 4 hari je..
pastu kena masuk wad smula sbb Umar kena kuning...huhu

Pagi Aidilfitri 2010..Umar cuma tahu tidur je..hihi..
tidur2 pun dapat byk duit raya kan..
rompers NIKE ni maklong bagi adiah..cute sgt..

Tengok la aksi Umar tidur tu..gaya titanic..hehe...
ni kat kajang umah pakngah..masa ni Umar baru berusia sebulan..

Umar dengan baju melayu turun temurun..ni masa majlis akikah dan cukur kepala Umar..
Umar tetap maintain tidur walaupun penuh kena tabur dengan bunga rampai masa marhaban..

Wajah anak soleh ummi yang tenang...kopiah tu pinjam kopiah eman..
TQ eman ye...=) masa ni Umar berusia 42 hari..

Umar berposing dengan carseat baru...
on da way nak balik jengka dari kajang..
masa ni umur Umar 58 hari..
Umar dah pandai senyum..

Umar yang masih belum ada kelopak mata lagi..sbb tu bila gi mane2 je,
 ramai cakap mata Umar ni sepet mcm mata cina..
gambar ni ummi snap masa kita baru pindah kat umah baru kat bdr seri permaisuri..
umur Umar 3 bulan ++

First time Umar demam..3-4 hari jugak..ummi ngan papa risau sgt.

Keterujaan Umar dapat adiah kopiah baru dari papa...
comel sgt2 kan..geram tgk picture ni..


 
Keceriaan wajah Umar pengubat segala duka papa & mama..
ptg2 blk dari skolah, mama & papa penat kdg2 smpai tertidur..
umar maintain je main toys sensorang..

Baru pas mandi...cenyum ckit..=D

Yeayyy..!! umar dah pandai meniarap..(7 month)
walaupun agak lmbat skit nak compare ngan baby lain..
tp yg penting umar dah semakin membesar dgn sihat..
alhamdulillah..

Saye pengumpul wang saku..
ni kopiah adiah dari tok & tokwan jengka..kopiah dari mekah..

NOW..I'm one year old already...
Praise to Allah for giving me an awesome baby..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Ya Umar Awsam...

Pesanan untuk anak ummi, Umar Awsam... 
(petikan dari pesanan Luqmanul Hakim)

01 -  Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


stroller..oh stroller...

Ha...ni nak cite tentang kereta umar pulak..alkisah terbelinya kereta umar yang pertama begini ceritanya..memula tu tak plan lagi nak beli dlm masa terdekat ni..tapi ptg 1 hari tu ktorg gi la jenjln kat tasik permaisuri, CMS dukung umar guna baby carrier je sbb mse tu umar dlm 4m++..ingat ringan je la si Umar ni..skali blk dr tasik tu, CMS kata lenguh2 bahu dia sbb dukung umar..so mlm tu trus ktorg menggoogle survey stroller camane nak beli..stroller2 branded mahei2 la pulak...mcm tak berkemampuan je coz dh byk duit terbang melayang di bawa angin kus2 beli macam2 barang mase ktorg mula pindah umah aritu..

Lastly..terjumpe la stroller2 second utk dijual kat mudah.my..empunya tuannya kat Shah Alam...soknye ktorg pun wat appoinment nk tgk dlu stroller2 tu..boleh thn jugak stroller2 yg dijual..ade yg nmpak baru lg..ktorg decide nak beli stroller yg kecik n ringan je..so terbekenanla stroller tersebut...(sila lihat pic dibawah)..




Brand Mamalove..
Harga kedai RM280..
Harga sini RM170 tawar2 dapat RM150..(ok la kan?bukan nak pakai lama pun)
Aku pilih yang kaler brown tu sbb mcm nampak lg baru je..

Nampaknye Umar dah ade kereta beliau sendri..pasni takkan lenguh2 dah la tangan n bahu aku n CMS mendukung si Umar ni...

 Elok je si Umar duduk dlm kereta dia..CMS jadi driver..hehe

Sekarang ni nak cite alkisah kereta kedua Umar pulak..kereta pertama Umar ktorg dh let go sbb bila Umar dah besar, dia dah xnak duduk kat stroller ni..aku dah wat kajian punca2 Umar x sukakan stroller ni sbb kat depan dia xde tempat utk letak tangan..mcm penghadang tu..kusyennya pun mcm kurang selesa sbb span kusyen tu nipis je..pas dh bincang2 ngan CMS, ktorg pun dh decide nak cari stroller baru yg ada ciri2 tersebut.. Alhamdulillah, pas 2 hari iklankan stroller Mamalove tu utk dijual, ada kakak dari Bangi beli dengan harga RM130..okla kan..hehe...bisnes..bisnes..

Mase Jcard Day kat Midvalley 2 mggu lepas, ktorg try2 survey stroller Combi or My Dear tp kat jusco just ade brand Sweet Cherrry, Graco n Maclaren je mase tu..last2 terbeli la yang brand Sweet Cherry sbb ciri2 yang aku nak tu mencukupi..harga pun x mahal sgt..RM269..after less jadi RM188..

begini la rupa kereta Umar yang kedua..
so far Umar nak duduk kat stroller ni..
tp ade mase2 jugak dia nak didukung..xpela..at least takde la lenguh sangat kan..

yeeebaaaa!! naik kete baru...

sambung skit lg..sbnarnye balik dr shoping tu still teringat2 lg stroller sweet cherry jgak tapi model SCR5..CMS cakap stroller tu nampak ganas and kukuh..disebabkan keganasan dan kekukuhannye tu harga pun ganas jugak le..RM369..best buy..xde less..simpan jd impian je la..hu...bye bye stroller idaman...=(



Friday, December 9, 2011

I’m an awesome mama...

Mama@ibu@ummi@mak@amma@mommy adalah seorang insan yg sangat mulia dan hebat..sejak aku dh bergelar seorg ibu, means aku juga tergolong dlm golongan2 org yg hebat!..wow..wow..!! hehe..

ye..betul..mmg aku hebat..(ayat angkat bakul)..dlm satu hari aku rase ade la beberapa minit je aku duduk tanpa membuat apa2 kerja..maksudnya rest la..okay..aku rasa sume ibu yg bekerja mempunyai rutin harian yg sama mcm aku...cuba try cek ye...

Seawal jam 5.15 pagi aku dh bangun..(merujuk kpd hari bekerja)..tp kekadang ade jugak terlajak perahu x dapat ku undur..kul 6.00 pagi baru terjage..so ape lagi, kelam kelibut le..bangun je aku trus g dapur dlu, letak nasi dlm periuk utk buat bubur Umar..then baru g mandi..after mandi, kejut CMS bangun..pastu solat subuh..pastu g dapur smule tgk bubur nasi umar, tambah la ayam skit ke, bayam skit ke, kentang ke..pastu bancuh air utk breakfast..(air je..hihi..mkn ngan biskut..) pastu g siap2, mekap2 skit..then baru breakfast ngan CMS..eh lupe..bubur Umar td x isi dlm tupperware lg..pastu gi tgk Umar kadang2 awai jugak Umar ni bangun..nyusukan Umar jap..dah pukul 6.50 CMS anta Umar umah Ibu (pengasuh Umar)..aku g panas engine kete..kul 7.00 pg g skolah...

Biasenye blk umah sampai kul 3 ptg..kalau aku blk awal, aku g amek Umar..kalu CMS blk awal, beliau g amek Umar..rehat2 jap smpai kul 4..(eh..sejam rehat..lama jugak..hehe..penat tau kat skolah td mane duduk pun..berjln ke sana ke sini..naik turun tangga..jerit2 marah students lagi..huhu..bape juta kalori tenaga aku dh terbakar tau!..)

Pastu bagi Umar mkn petang..biasenye buah2 or biskut2 je..x daye ummi nak masak..hee..pastu mandi n solat asar sensorg..CMS slalunye g surau..alhamdulillah..then goreng la kopok ikan ke, nuget ke..buat santapan di petang hari..kdg2 mse otw blk skolah CMS slalu beli pisang goreng..xpun pau..x pun keledek goreng..sambil2 mkn tu smbil online..gitu la rutin harian ktorg ptg2...

Then main2 jap ngan Umar..sembang2 ngan CMS kisah yang berlaku kat skolah siang td..kul 6 lebih2 skit mandikan Umar..siap2kan Umar..pastu bukak peti ais, pikir nak masak ape mlm ni..dah dpt idea, g letak nasi dlu...pastu g mandi..kul 7 slalu tgk cite kat TV3..dlu cite Soffiya..skang ni cite Tentang Dhia..apasal la tayang cite best2 time maghrib..huhu..dh azan maghrib..CMS g surau..kalau Umar tidur,, aku bleh trus g solat..kalu x tidur, kne tggu CMS blk dari surau dlu baru bleh solat..kalu x, mmg x kusyuk lgsung aku nak solat..Umar menangis2 depan aku ..xde tempat aku nak sujud..huhu...

Haihhh..panjang la plak rutin harian aku..tu baru siang..belum mlm lagi..okay..sambung lg ek..kalau anda semua boring bace rutin harian aku ni, anda semua blh pegi tido..huu

Pas solat maghrib, ngaji jap..pastu tukar profesion jd master chef..masak dlm 2 jenis lauk..siap je trus mkn ngn CMS n Umar smbil tgk brite..kms2 meja n basuh pggn..pastu solat isyak..pas solat, rehat jap 5-6 min sambil online..baru teringat baju kotor dlm bakul dh hampir full..so g basuh kain jap..(guna washing machine je)..angkat kain yg sidai smln..pastu iron baju utk esok..kemas2 beg umar..isi baju, pempers, towel kecik..kain dh siap basuh, g sidai jap..huh..penat..!! rehat jap sambil online ngn CMS...CMS busy jage kedai online Nuraniis Collections..ramai jgak costumer dtg memlm ni..pastu lipat kain..susun kain dlm almari..g dapur smula ready bhn2 utk buat bubur umar sok pg..aiii..dh pkul 11 mlm..cepat btul mse berlalu...badan dh penat..mata dh ngantuk..so, marilah kita zzzzzZzz...sok repeat smule sume yg berlaku hari ni...

Agak2 ape yg berlaku dalam kehidupan seharian aku ni ade x sama ngan kehidupan seharian anda semua? ce komen skit ye...babai...