Monday, January 31, 2011

New Life Begin..


Dah seminggu sekolah dibuka..aku yg masih dalam kesedihan ni meneruskan la karier aku sbg guru kpd anak didikku, ibu kepada anakku dan isteri kepada suamiku yg berada nun jauh di KL sane..macam jauh sgt je bunyinye…sedih lagi ni sbb frust dengan keputusan KPM yg x luluskan perpindahan aku..

Sebenarnye lepas result keluar aritu, aku n CMS 3-4 kali gi Putrajaya nak wat rayuan pertukaran..alasan ktorg kukuh..tersangat kukuh! Aku mmg sepatutnya boleh ditukarkan ke KL sbb alasan ktorg yg kukuh tu..Cuma peluang untuk ktorg luahkan alasan tu je yg x kesampaian..byk betul halangan. Hinggalah kali ke-3 tu ktorg main redah je masuk dalam ofis Unit Sekolah Menengah n gi kat bahagian pertukaran. Kebetulan pegawai yg uruskan pertukaran guru ke KL ade kat meja dia..so ape lg, ktorg pun terus terjah! Lame jugak ktorg menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kementerian smpai dia pun mcm nak marah je..akhir skali sblm balik tu, dia suruh aku tulis nama n sikit maklumat ttg diri aku..Ntah kenapa tergerak rasa hati n naluri aku yg mengatakan rayuan aku ni akan berjaya..aku YAKIN..!!

Alhamdulillah…rezeki dari Allah s.w.t..dan berkat usaha kami yg rajin ke Putrajaya, akhirnya rayuan pertukaran aku ke KL diluluskan..kes aku ni kira kes spesel sbb pertukaran aku lambat skit dari org lain. Masa Puan Pengetua panggil aku n bgtau pasal pertukaran ni, aku rase mcm nak menangis je..rase tak percaya..tp boleh pulak pengetua minta jasa baik aku utk tangguh pindah tahun dpn..huhu..Ohh, tidak sama skali..bukan sng nak dapat peluang cenggini kan?

Maka, bermula la episode baru dalam hidupku..lepas ni, aku n CMS boleh tggl bersama, hidup sbg suami isteri mcm org lain..boleh membesarkan Umar Awsam bersama-sama..Alhamdulillah…terima kasih Ya Allah…