Thursday, August 29, 2013

Apa tu Intussusception?

Ingat x aritu aku ada cite pasal umar sakit perut tu sampai kena tahan wad. Entri kali ni aku nak cite panjang lebar sikit ttg apa yang dh jadi kat umar. Menurut doc yg merawat umar, umar kena Intussusception. 

Benda ni berlaku apabila satu bahagian usus kecil masuk ke usus besar, seperti teleskopApabila ini berlaku, ia boleh membuat blockage pada usus, dan dinding usus menekan antara satu sama lainIni seterusnya membawa kepada radangan pembengkakandan kurang aliran darah ke bahagian usus yang terlibat

selalu terjadi pada bayi 5-10 bulan (80% terjadi pada bayi berumur kurang dari 1 tahun). selalu terjadi pada bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Kiranya umar ni termasuk dalam golongan 20% lagi tu la sbb umar dh 3 tahun.



Antara tanda-tandanya:

1. Bayi atau kanak-kanak akan mengalami kesakitan yang teramat sangat di bahagian abdomen, yang biasanya bermula dengan tiba-tiba dan kesakitan yang amat kuat, menyebabkan mereka menarik lutut ke dadanya untuk mengurangkan kesakitan. Kesakitan biasanya terputus-putus, tetapi kesakitan boleh menjadi lebih kuat. Apabila sakit berkurangan atau tidak menyerang, kanak-kanak itu boleh berhenti menangis untuk seketika dan seolah-olah tidak sakit langsung.

2.   Kembung pada bahagian abdomen atau perut mengeras.

3.   Muntah-muntah.

4.   Buang air besar yang bercampur darah atau lebih dikenali dengan currant jelly stool.

Umar xde pun tunjuk tanda-tanda no 2,3 n 4 tu. Just tanda no. 1 je..sakit dalam 15saat, pastu aku sapu minyak kat perut dia, terus ckp x sakit dh. Pastu sambung main semula siap lompat2 lagi. Sbb tu lambat bwk g hosp sbb ingatkan just sakit perut biasa je.

Penyebab :

Jangkitan gastrousus terjadi bakteria atau virus boleh menyebabkan pembengkakan tisu, yang mungkin menyebabkan penarikan satu bahagian daripada usus ke dalam usus yang lain.


Rawatan :

- pemberian barium enema selalunya akan berjaya pada peringkat awal. (cecair barium ni dialirkan masuk ikut punggung guna tiub)
- jika pemberian barium enema tidak berjaya bayi atau kanak-kanak akan di bedah untuk memperbetulkan kedudukan usus atau jika ada kerosakan pada usus atau gangrene(mati) doktor akan membuang sebahagian usus yang telah rosak itu.

komplikasi :

kebanyakan bayi yang di beri rawatan dengan cepat iaitu kurang dari 24jam, baik akan sembuh dengan baik tanpa sebarang komplikasi, tetapi jika tidak dirawat dengan segera usus berkemungkinan akan pecah, kerosakan pada tisu2, jangkitan pada usus dan kematian.

So, kalau anak anda mengalami tanda2 seperti menangis tidak berhenti2, kekejangan pada bahagian abdomen, muntah2, drowsiness dan passing currant jelly stool silalah berjumpa dengan doktor segera. perawatan yang cepat adalah yang terbaik untuk bayi anda ...cheeewwwaaah giteww.. 


AMARAN ! 

kepada ibu-ibu, bapa-bapa , atau bakal ibu-ibu n bapa2.. tolonglah ikut nasihat nurse/doktor untuk tidak memberikan makanan pada bayi anda sebelum berusia 6 bulan kerana ini salah 1 penyumbang kejadian2 seperti ini. kami tau anda ingin sekali mengcomelkan bayi anda, tapi ingatlah kesannya pada masa akan datang. Masalah gastric juga adalah salah 1 kesan pemberian makanan awal kepada bayi kurang daripada 6 bulan..ingat tu...!!

Jika ibu bapa anda menyarankan pemberian makanan tambahan seblum usia 6 bulan.. sila puan2 dan tuan2 senyum sahaja. Sebab orang dulu2 perut diorang kuat bukan macam perut kita sekarang ye..


Dan satu lagi peringatan kepada ibu-ibu bapa-bapa yang anaknya ada sejarah intussusseption ni, macam umar la..benda ni boleh berulang lagi selagi usus dia belum betul2 matang ataupun selagi pembengkakan pada usus tu belum surut sepenuhnya..harap2 xkan berulang la jadi kat umar..insyaallah..aminnn..