Friday, October 18, 2013

Ujian Kompetensi ICT untuk warga pendidik

Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda..
http://ict-kpm.azurewebsites.net/default.aspx?aspxerrorpath=%2Fquestion.aspx

Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG 'BACK' di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG 'SETERUSNYA' BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
 

4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin
 browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser) 
7) Tutup
 browser selepas menggunakan sistem ini.



Makluman: 
* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Aku dah siap buat semalam..jap je dalam 10 minit dah siap. terer x aku?haha.....

Thursday, August 29, 2013

Apa tu Intussusception?

Ingat x aritu aku ada cite pasal umar sakit perut tu sampai kena tahan wad. Entri kali ni aku nak cite panjang lebar sikit ttg apa yang dh jadi kat umar. Menurut doc yg merawat umar, umar kena Intussusception. 

Benda ni berlaku apabila satu bahagian usus kecil masuk ke usus besar, seperti teleskopApabila ini berlaku, ia boleh membuat blockage pada usus, dan dinding usus menekan antara satu sama lainIni seterusnya membawa kepada radangan pembengkakandan kurang aliran darah ke bahagian usus yang terlibat

selalu terjadi pada bayi 5-10 bulan (80% terjadi pada bayi berumur kurang dari 1 tahun). selalu terjadi pada bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Kiranya umar ni termasuk dalam golongan 20% lagi tu la sbb umar dh 3 tahun.



Antara tanda-tandanya:

1. Bayi atau kanak-kanak akan mengalami kesakitan yang teramat sangat di bahagian abdomen, yang biasanya bermula dengan tiba-tiba dan kesakitan yang amat kuat, menyebabkan mereka menarik lutut ke dadanya untuk mengurangkan kesakitan. Kesakitan biasanya terputus-putus, tetapi kesakitan boleh menjadi lebih kuat. Apabila sakit berkurangan atau tidak menyerang, kanak-kanak itu boleh berhenti menangis untuk seketika dan seolah-olah tidak sakit langsung.

2.   Kembung pada bahagian abdomen atau perut mengeras.

3.   Muntah-muntah.

4.   Buang air besar yang bercampur darah atau lebih dikenali dengan currant jelly stool.

Umar xde pun tunjuk tanda-tanda no 2,3 n 4 tu. Just tanda no. 1 je..sakit dalam 15saat, pastu aku sapu minyak kat perut dia, terus ckp x sakit dh. Pastu sambung main semula siap lompat2 lagi. Sbb tu lambat bwk g hosp sbb ingatkan just sakit perut biasa je.

Penyebab :

Jangkitan gastrousus terjadi bakteria atau virus boleh menyebabkan pembengkakan tisu, yang mungkin menyebabkan penarikan satu bahagian daripada usus ke dalam usus yang lain.


Rawatan :

- pemberian barium enema selalunya akan berjaya pada peringkat awal. (cecair barium ni dialirkan masuk ikut punggung guna tiub)
- jika pemberian barium enema tidak berjaya bayi atau kanak-kanak akan di bedah untuk memperbetulkan kedudukan usus atau jika ada kerosakan pada usus atau gangrene(mati) doktor akan membuang sebahagian usus yang telah rosak itu.

komplikasi :

kebanyakan bayi yang di beri rawatan dengan cepat iaitu kurang dari 24jam, baik akan sembuh dengan baik tanpa sebarang komplikasi, tetapi jika tidak dirawat dengan segera usus berkemungkinan akan pecah, kerosakan pada tisu2, jangkitan pada usus dan kematian.

So, kalau anak anda mengalami tanda2 seperti menangis tidak berhenti2, kekejangan pada bahagian abdomen, muntah2, drowsiness dan passing currant jelly stool silalah berjumpa dengan doktor segera. perawatan yang cepat adalah yang terbaik untuk bayi anda ...cheeewwwaaah giteww.. 


AMARAN ! 

kepada ibu-ibu, bapa-bapa , atau bakal ibu-ibu n bapa2.. tolonglah ikut nasihat nurse/doktor untuk tidak memberikan makanan pada bayi anda sebelum berusia 6 bulan kerana ini salah 1 penyumbang kejadian2 seperti ini. kami tau anda ingin sekali mengcomelkan bayi anda, tapi ingatlah kesannya pada masa akan datang. Masalah gastric juga adalah salah 1 kesan pemberian makanan awal kepada bayi kurang daripada 6 bulan..ingat tu...!!

Jika ibu bapa anda menyarankan pemberian makanan tambahan seblum usia 6 bulan.. sila puan2 dan tuan2 senyum sahaja. Sebab orang dulu2 perut diorang kuat bukan macam perut kita sekarang ye..


Dan satu lagi peringatan kepada ibu-ibu bapa-bapa yang anaknya ada sejarah intussusseption ni, macam umar la..benda ni boleh berulang lagi selagi usus dia belum betul2 matang ataupun selagi pembengkakan pada usus tu belum surut sepenuhnya..harap2 xkan berulang la jadi kat umar..insyaallah..aminnn..

 

Saturday, May 11, 2013

Happy Mother's Day ♥



M - For the MILLION things she gave me,
O - For shes growing OLD,
T - For the TEARS she shed to save me,
H - For her HEART of purest gold,
E - For her EYES, with love-light shining,
R - For she is always RIGHT and always be.


Happy Mother's Day ♥


Lunch Buffet @Pearl International Hotel


1st time beli voucher ni kat groupon..

RM32 per person..children below 3 years can eat for free..

makanan kat sini ok..sedap..boleh tahan la..

gambar tgh makan xde sbb kusyuk makan..

lagipun gambar jadi x cantik sgt sbb faktor pencahayaan..

lepas makan, gi bergambar kat swimming pool.



Umar selamba je colek kek guna jari 


ada swimming pool la..x bawak baju pulak nak mandi..


satu.. dua.. tiga...jom terjunn..!!


Huisshh..dalam la kolam ni..x jadi la nak terjun..

Blackout505




#Bye2...see u on next entry...=)

Sunday, May 5, 2013

Saya pilih mengundi....#PRU13

Tarikh paling bersejarah bg semua rakyat Malaysia..
05052103 #PRU13


Syukur alhamdullilah..aku telahpun menjalankan tanggungjawab dan telah pun mengundi di Sek Men Keb Jengka 10 jam 11.30 pg td... seronak sgt sbb jumpa kwn2 lama..aku mengundi saluran 3, skali kakak n adik aku..

Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia....


Wednesday, May 1, 2013

Aktiviti sempena cuti 1 Mei..

1 MEI 2013
.
.
HARI RABU
.
.
CUTI HARI PEKERJA

haiii...alangkah bestnya kalau setiap minggu hari Rabu adalah hari cuti umum...
so satu minggu hari bekerja 4 hari, cuti 3 hari...baru la kita boleh bekerja dgn penuh proaktif..

ISNIN = KERJA
SELASA = KERJA
RABU = CUTI
KHAMIS = KERJA
JUMAAT = KERJA
SABTU = CUTI
AHAD = CUTI

Agak2 kerajaan akan terima tak cadangan menifesto aku ni?haha...

Disebabkan hari ni hari bercuti, aku sekeluarga dah plan utk pergi bangi melawat Kak Ani (rakan sekerja) yang baru melahirkan anak ke-6 dua mggu yg lalu..sambil tu dah plan nak pergi Manjaku utk survey playpen untuk amir n nak cari hadiah utk baby Kak Ani..hmm..dah survey tp xde plak yang berkenan yg bersesuaian dgn my bajet..xpela, maybe boleh beli lain kali..

Masa keluar dari masjid pas solat zohor, husband ada ternampak kedai jubah lelaki kat depan masjid ni.dekat je ngan Manjaku..hasband pun ada terbekenan dgn jubah kaler hitam..cantik jugak..ingat nak pakai utk raya nnt..beli kopiah skali.kopiah utk umar n amir pun ada..

Sambil tu, amik peluang ni utk bwk umar jumpa dentist utk check gigi..jumpa 3 klinik gigi kat bangi tp ada 1 je yang bukak..KLINIK PERGIGIAN QASEH..staff and dentist klinik ni sangat mesra..aku sgt suka dgn layanan diorg..umar xde kena pape rawatan..doc just check n bg sikit nasihat n kaunseling ttg penjagaan gigi..umar nangis2 masa doc suh nganga nak check tu..lupa plak aku nak snap gambar td..huhu...so sape2 yg mencari2 klinik gigi di sekitar bangi, aku suggest korang gi la klinik ni..kat Seksyen 8 Bandar Baru Bangi..

sumber gambar dari mr. google..jumpa yg ni je..haha..

Klinik ni sederet dgn Butik Kasih Ibu yg jual brg2 kelengkapan bayi dan ibu...sambil2 tggu giliran utk check gigi tu boleh la gi survey2 playpen utk amir lg..hmm tp tetap mendukacitakan sbb kat sini lagi tak byk pilihan...

sblm blk, ktorg gi makan laksa kat oldtown..sedap betul laksa kat sini..x cukup rasanya makan semangkuk..murah je rupanya..RM6.90 utk semangkuk laksa + drinks..aku pilih cold rich choc..husband pun pilih menu sama..


dah kenyang, kami pun pulang...
TQ kepada best fren husbandku, Pok Judin sbb belanja kami mkn kat oldtown ni...

* promote sikit..best fren husband ni ada kedai lampu kat seksyen 8 bandar baru bangi..
Trust Lighting Collections..so sesapa yang nak beli lampu or kipas, boleh la pergi kedai ni ye...*


FB: https://www.facebook.com/TRUSTLIGHTINGCOLLECTIONS


Sunday, April 28, 2013

Mari Eratkan Hubungan Dalam Rumahtangga


Tips kebahagiaan suami isteri...



1. Komunikasi antara suami-isteri amatlah penting.
Segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah di bawa berbincang. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, luahkan, jangan disimpan terlampau lama. Jika tidak diluahkan pasangan tidak tahu apa yang anda rasai.
2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan.
Pertengkaran antara suami-isteri adalah perkara biasa, adalah mustahil sekiranya tidak terdapat perselisihan faham antara suami-isteri. Sekiranya bertengkar salah seorang mesti lah beralah sama ada suami atau isteri, keluar rumah ke ambil angin, bagi tenangkan kembali ataupun redakan perasaan marah tu. Bila kita berada dalam keadaan marah, apa yang dikata atau apa yang kita lakukan akan lebih dipengaruhi oleh emosi. Masa ni lah macam-macam perkataan yang “sedap” akan keluar yang mana akan menyinggung perasaan antara satu sama lain.
3. Tolong-menolong dalam melakukan kerja rumah.
Zaman sekarang ni ramai yang isteri keluar bekerja. Yang mana isteri-isteri sama-sama bekerja, jadi para suami kena lah membantu isteri. Janganlah dibiarkan isteri melakukan semua kerja rumah. Letih oooo, cuba la bayangkan pagi2 isteri dah bangun siapkan sarapan, siapkan anak-anak ke sekolah, lepas tu pergi kerja. Balik dari kerja pulak kena masak, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, uruskan anak-anak, hidang makan malam, basuh pinggan mangkuk, tengok buku sekolah anak-anak lagi, ajar anak mengaji lagi…bunyi macam kerja-kerja ringan tapi cuba la para suami melakukan semua kerja tersebut. Kalau yang mana ada pembantu rumah, mungkin ringan sikit la beban para isteri. Jadi kepada para suami tu tolong menolong la…jangan sibuk dengan hal sendiri jer, balik rumah..baca suratkhabar, hisap rokok, borak-borak dengan kawan-kawan, pergi main badminton. Fikir-fikir lah…bab cari duit sama-sama tapi bab nak urus rumahtangga serah bulat-bulat pada isteri, lepas tu komplen tak dapat layanan dari isteri, isteri selekeh la…macam-macam lah.
4. Rumah hendaklah sentiasa kemas dan bersih. 
Jangan lah dibiarkan pinggan mangkuk penuh disinki, sebelum keluar rumah pastikan semua sampah dah dibuang, pinggan mangkuk dah dicuci, bilik dah kemas dan ruang tamu pun dah kemas. Bukannya apa…bila balik dari kerja tu…sedap la sikit mata memandang. Ini kalau balik tengok rumah berselerak, automatik perasaan letih dan marah pun sampai. Lagi sekali suami isteri kena bekerjasama dalam memastikan rumah tu sentiasa kemas dan bersih. Sekali-sekala ubahlah posisi meja, sofa, almari dan lain-lainnya. Bila alat perabot diubah-ubahkan, so tak ada borino tengok posisi sama jer, so feeling pun boleh berubah.
5. Kurangkan bebelan.
Biasanya bab membebel ni biasanya berlaku pada para isteri. Jadi kepada para isteri di luar sana kurangkan lah membebel. Pasangan anda akan merasa bosan jika setiap hari anda membebel, malah saya sendiri pun tidak suka mendengar orang membebel.
6. Jaga penampilan.
Bab ni bukan isteri sahaja yang kena jaga penampilan tetapi para suami pun kena la jaga penampilan. Si isteri jangan lah asyik pakai kain batik atau baju kelawar je kat rumah, at least pakai la seluar panjang dengan tshirt di rumah, mesti kemas, jangan kat opis je nak makeup, kat rumah pun kena la makeup sikit, rambut pun kena kemas, jangan dibiar mengerbang macam hantu. Body pun kena jaga la sikit, kalau suami tak kisah tak apa la…tapi ada suami yang kisah so pandai-pandailah. Suami pun sama, jangan lah pakai kain pelikat je di rumah dan berbogel tayang perut (tak pakai baju la tu). Perut tu kena la jaga, jangan sampai masa isteri mengandung, suami pun sama mengandung. Masa nak keluar rumah pun sama, biar smart..bila sama-sama kemas dan cantik dan smart, baru la sedap mata memandang.
7. Jangan biarkan pembantu rumah buat semua kerja rumah.
Ini lah silapnya sesetengah dari masyarakat kita, bila ada pembantu rumah, segala-galanya suruh pembantu rumah yang buat, sampai basuh kereta pun suruh pembantu rumah. Elakkan pembantu rumah dari melakukan perkara-perkara di bawah:-
• Memasak.
Bab ini seboleh-bolehnya biar isteri/suami yang buat, kita cuma boleh suruh dia sediakan bahan-bahan sahaja seperti potong sayur,siang ikan, ayam dan potong bawang. Air tangan memasak ini lain, jangan sampai suami/anak-anak teringat-ingat masakan pembantu rumah.
• Bilik tidur.
Bilik tidur kita ada tempat peribadi, jangan dibiarkan pembantu rumah sewenang-wenang keluar masuk dalam bilik tidur kita. Biar kita sendiri yang mengemas bilik tidur, takkan la tak mampu nak kemas bilik tidur sendiri.
• Pakaian dalam biar kita sendiri yang uruskan.
Dari bab membasuh sampailah melipat, seelok-eloknya disorok dari penglihatan orang, nanti orang boleh tau size buntut anda..huhuhuhu. Pakaian kecik-kecik ni sidai dalam bilik air kita sendiri pun tak apa.
• Jangan biarkan pembantu rumah uruskan semua hal anak-anak.
Seelok-eloknya bila balik rumah tu, perhatian untuk anak-anak tu kita lebihkan, terutama bab suap makanan (untuk anak-anak yang kecik la), orang tua-tua kata, bila kita suapkan anak makan, anak akan ingat dengan kita, beri lebih tumpuan kepada mereka, tidurkan mereka. Jangan biarkan pembantu rumah laku kan semua kerja tersebut, nanti anak-anak ingat dekat pembantu rumah lebih dari mak sendiri.
8. Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan hari ulangtahun pertemuan/hari pertama keluar dating.
Suami isteri mestilah ingat tarikh-tarikh penting ini, set lah reminder di handphone ataupun catatkan dalam diari. Ucapan pun sudah cukup untuk menandakan yang kita ingat tarikh tersebut. Jangan senyap sunyi jer…lupa terus, mesti pasangan anda akan merasa amat sedih. Masa belum kahwin ingat semua, bila dah kahwin semua lupa.
9. Solat berjemaah.
Setiap hari mesti paling kurang ada satu waktu solat pasangan bersolat jemaah bersama-sama. Solat Subuh, Maghrib dan Isya’ sebab kalau solat zuhur dan asar tu masa kita bekerja. Solat bersama-sama dengan pasangan amat berkesan untuk mengeratkan hubungan suami-isteri dan juga keluarga.
10. Makan bersama.
Ada pasangan yang mana suami atau isteri terlampau sibuk dengan kerja sampai langsung tak ada masa nak makan bersama. Balik pun dah malam dan dah makan kat luar. Seboleh-bolehnya cuba la untuk makan bersama, tak kira la masa lunch ker atau masa makan malam ker. Makan malam bersama semua ahli keluarga elok di amalkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.
11. Puji-pujian.
Kadang-kadang tu puji la pasangan masing-masing. Masakan sedap ker, hensem ker, lawa ker…tak rugi pun kita memuji orang ni. Cuma keluarkan sedikit ayat-ayat pujian tu…kesan tu yang penting. Kita manusia ni…memang la suka bila di puji..mustahil la kalau kita tak suka kan.
12. Kejutan.
Kadang-kadang tu buat la kejutan untuk pasangan masing-masing. Kalau ada duit tu bawak lah pasangan pergi candle light dinner ker, pergi beli cincin ker, hadiah kan baju Chelsea ke (hehehe..utk pasangan yg minat chelsea ler), kasi bunga ke…dan macam2 la.
13. Bawak la pasangan berjalan-jalan / melancong.
Jangan lah dibiarkan pasangan tu duduk memerap kat rumah jer. Bawak lah jalan-jalan pergi downtown ke hehehe, mandi laut ker, mandi air terjun ker…so tak ada la bosan sangat. Aktiviti ini tak semestinya memerlukan belanja yang besar.
Kalau yang berduit tu boleh la bawak pergi melancong, yang bajet kurang tu..bawak pergi mandi laut pun dah ok ataupun hujung minggu bawak pergi berjogging / buat aktiviti2 luar rumah, berkelah kat taman ker. Anak-anak pun suka.
14. Jangan terlampau cemburu. 
Cemburu yang melampau boleh mengeruhkan hubungan. Kadang-kadang tu dengar jugak ada isteri telefon office suami tanya suami pergi mana semua. Suami pulak melarang isteri berkawan dengan kawan-kawan lelaki, bercakap pun sampai tak boleh. Isteri dan suami kena jaga maruah pasangan masing-masing. Trust each other amat penting dalam hubungan suami isteri, akan tetapi jangan la ambil kesempatan. Kadang-kadang suami atau isteri perlukan kawan, so tak salah untuk berkawan cuma kena tau batasan masing-masing. Sekiranya syak sesuatu, siasat dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.
15. Terima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing.Tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna, pasti terdapat kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi belajar lah untuk menerima kelemahan pasangan masing-masing. Sekiranya kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tingkat kan usaha tersebut untuk menutup kelemahan itu. Misalnya kalau tak pandai memasak, belajar lah memasak.
16. Tingkatkan hubungan mesra / kasih sayang.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan kasih sayang. Kita kena sentiasa cuba untuk menyegarkan perasaan kasih sayang, jangan perasaan tu makin lama makin menguncup, bila dah menguncup, masa tu la duk fikir nak cari yang lain. Cuba la cara-cara seperti di bawah ini, pada sesetengah orang mungkin benda ni remeh, tapi ianya amat berkesan untuk mengerat kan hubungan suami isteri.
• Bergurau-senda.
Bergurau senda ni tidak terhad di bilik tidur sahaja, jangan salah anggap yer. Macam buat memek muka ker, berlakon merajuk ke, buat aksi-aksi kelakar ker dan macam-macam la.
• Belai-belai rambut.
Sambil-sambil menonton tv tu, belai la rambut pasangan anda tu, tak pun kalau pasangan suka cari uban, so buat la…cari uban atau cabut rambut gatal.
• Cuci muka pasangan.
Bila tak ada buat apa tu, cuci la muka pasangan masing-masing, buang jerawat, bintik-bintik hitam/putih kat muka tu..kalau pasangan tak tahu kena ajar la…dan guna alat dan pencuci yang betul.
• Memotong kuku pasangan masing-masing.
Ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan anda. Tiap-tiap bulan, luangkan sedikit masa untuk memotong kuku pasangan dan anak-anak.
• Mengurut badan dan menggaru.
Sedap nya kalau badan kita diurut setelah seharian bekerja. Aktiviti ini boleh dilakukan bila kita hendak tidur atau di masa menonton televisyen. Jangan isteri jer urut atau garu suami. Suami pun kena buat benda yang sama terhadap isteri.
• Mandi bersama.
Sebulan sekali cuba la luangkan masa untuk mandi bersama. Kat belakang badan kita ni, tangan tu ada yang tak sampai nak cuci, so mintak la tolong pasangan kita untuk gosokkan badan.
• Curi masa untuk buat aktiviti berdua-duaan.
Bila dah ada anak tu, cuba la curi-curi masa untuk buat aktiviti bersama seperti menonton wayang ker atau jalan-jalan cuci mata. Kita boleh ambil cuti sehari ker.

Semoga tips yang diberi ini dapat membantu anda semua dalam meningkatkan hubungan dengan pasangan masing-masing. Cheers...=)

Tuesday, April 23, 2013

Awesome Photo Book...RM10 je tau..

Assalamualaikum semua...

Lama betul aku x update blog..maklumla, ibu bekerjaya kan mmg sentiasa busy..huhu

Hari ni aku just nak share kat semua yang PIXAJOY ada buat promotion utk softcover photo book yg berharga cuma RM10 je tau...percaya tak?

Aku dah buat satu..dan dah dapat pun..mmg sangat2 berpuas hati sbb gambar jd cantik sgt..

Skrg tgh buat second photobook tp kena guna nama org lain tau sbb promotion ni utk skali beli je for 1 user..so aku guna nama Mr.1001..=) x sabar nak tggu hasilnya nnt..

ni link utk sesapa yg nak beli voucher promotion tu http://www.pixajoy.com.my/promo-hot-deal/crackit-deal

sbb tarikh tamat 30 April ni..just beli je dlu voucher promotion, pastu kita semua ada masa 6 months utk design photobook kita tu..so byk masa lg..


Selamat men'design' ye...

Saturday, April 6, 2013

Penyelesaian ruam susu @ eczema..


Bila dah ada anak ni banyak perkara yang kita kena belajar. Even ni adalah anak kedua, tapi mmg totally different la cara penjagaan anak ni. Masa Umar dulu xde apa2 masalah. So, senang sikit la nak jaga. Amir ni pada pendapat aku mungkin ada alergik kot. Masuk umur 4 bulan pipi Amir ada merah-merah n bintik-bintik sikit. Masa check up kat klinik, nurse kata ruam susu. so aku just lapkan pipi Amir dengan air suam. Tapi still tak hilang jugak.. Aku tgk Amir pun macam gatal-gatal kat pipi tu sbb asyik tonyoh je muka kat tilam or kat bahu masa aku dukung dia. Ada org kata tu eczema. 

Kdg2 tensen jugak dgn soalan2 org sekeliling ni. Macam2 cadangan pun ada...

* kenapa pipi anak merah2 tu?
* macamana boleh jadi mcm tu?
* tak lap ke pipi baby lepas menyusu?
* tak sapu ubat ke kat pipi anak tu?
* cuba sapu lipstik
* sapu dgn air liur pun boleh

So aku pun beli cream khas utk baby eczema kat OBW. Beli 2 jenis, tp try yang ni dulu.


Ok, Alhamdulillah hilang kesan merah kat pipi Amir. Selang 2-3 hari, ada balik. Mula2 sikit, lama2  makin merebak pulak merahnya. Then aku try sapu cream yg ni pulak. Cream ni mcm lagi cepat kesannya. Tapi still ada merah2 skit..


Last skali after meng’google’, aku beli cream ajaib dari Shaklee. Aku beli skali mandian organic khas utk Amir.  Aku pun mula pantang makan makanan laut dan telur. Alhamdulillah  sekarang pipi Amir dah ok.. harap2 pipi Amir x naik dah kesan merah2 macam dulu...