Monday, May 31, 2010

Taugeh Jubah

upss..not taugeh jubah but tauke jubah..hehe...sekarang aNNie dan Encik 1001 dah hampir menjadi ahli perniagaan yang berjaya...cewahhh..bunyi macam ada empayar perniagaan yang besar je..padahal berniaga kat bilik guru sekolah je..hahaha..oklah, untuk pengetahuan semua, kami berdua sedang berniaga jubah sekarang ni (salah satu cara untuk promosi..siapa2 nak beli, bolehlah contact kami ye..) alhamdulillah..setakat ni sambutan amat memuaskan...cuma bayaran je kurang memuaskan lagi sebab ramai berhutang..hehe..tapi takpe, soal pembayaran tak jadi masalah..yang penting semua pembeli puas hati dengan jubah yang kami jual..sehingga hari ni kami dah berjaya jual hampir 20 pasang jubah...tahniah buat aNNie dan Encik 1001..=) teruskan usaha kita untuk berniaga...hasil keuntungan perniagaan ni kami berdua dah decide nak beli mesin basuh Panasonic..hehe..sebabnya kami berdua ni bukanlah jenis yang rajin nak basuh baju menggunakan tangan.. dalam urusan perniagaan kami ni, aNNie bertindak sebagai Executive Account, Encik 1001 pula sebagai Selling and Promotion Executive..huihui..berangan tahap tahpape je aNNie ni..takpela..memang impian kami untuk buka perniagaan satu hari nanti..ini mungkin langkah pertama dan sebagai pengalaman buat kami berdua...semoga perniagaan ini akan berkembang suatu hari nanti..INSYAALLAH..

Sunday, May 30, 2010

surat gagal

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W. PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

 
Tarikh : 28 Mei 2010

 
SITI ROHANI BINTI MOHD KADRI
SMK LKTP TERSANG
FELDA TERSANG 2
27610 RAUB
PAHANG

 
Tuan,

 
KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI BAGI SESI JUN 2010

 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri Sesi Jun 2010 telah mempertimbangkan permohonan tuan dan memutuskan bahawa permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.

 
3. Keputusan adalah muktamad. Permohonan pertukaran guru secara on-line bagi sesi Januari 2011 akan dibuka mulai 1 September 2010.

 
Sekian. Terima Kasih.

 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 
Saya yang menurut perintah

 
t.t

Pengarah
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

huaaaaahuaaaa...huishh! macam budak kecik je nangis-nangis ni..tapi kata orang menangis itu suatu penawar..seperti yang semua sudah sedia maklum berdasarkan isi kandungan surat cinta di atas, aNNie tidak dibenarkan untuk berpindah mengikut suami aNNie..ni mesti tuan pengarah tu saja nak uji kesetiaan aNNie terhadap Encik 1001 kan..tak apalah..apa pun keputusan yang aNNie terima, aNNie redha sebab semua ini adalah ketentuan daripada Allah s.w.t.. pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kegagalan ini. Walau macamanapun, hati aNNie tetap dilanda perasaan berikut sebaik sahaja mengetahui berita kegagalan ini..
....sedih
...sayu
...pilu
...kecewa
...nak nangis
...frust
...tension
...kesunyian
...sepi
...dan yg sewaktu dengannya

 kawan-kawan semua...doakan aNNie tabah mengharungi ujian dan dugaan sepanjang mengandung tanpa suami di sisi ye..doakan juga aNNie dan baby aNNie sihat walafiat dan mudah-mudahan aNNie akan bersalin pada tarikh yang telah dijangka...AMIN...

Wednesday, May 26, 2010

"nama pendek je tau"

apakah maksud topik entri aNNie kali ni?

hehe...itu adalah sedikit sedutan daripada dialog Encik 1001 dalam mesyuarat kami berdua yang membincangkan apakan nama terbaik buat anak kami nanti...

opppss..lupa pula aNNie nak bagitau..alhamdulillah..hari isnin lepas (24mei2010) aNNie pergi scan perut kat Klinik Ragavan, Raub..klinik tu buat promotion scan free sempena baru beli mesin scanner 3D.. inilah hasil scan aNNie pada hari tersebut..

dan hasil pemerhatian dr. ragavan, baby aNNie sihat walafiat..the most interesting news.. baby aNNie 70% menunjukkan ciri-ciri kelelakian...=D alhamdulillah...berita gembire buat Encik 1001 sebab memang Encik 1001 selalu berdoa inginkan anak lelaki... aNNie pula tak kisah boy or girl..yang penting baby aNNie nanti sihat dan sempurna sifat...aminn...

jadi, skop pencarian nama sekarang telah difokuskan kepada nama-nama lelaki sahaja...Encik 1001 nak nama yang pendek je sebab nama ayahnye dah terlebih panjang...setakat ni kami dah ada 2-3 nama yang sedang dipertimbangkan..tapi aNNie tak boleh bagitau lg..rahsia dulu ye..hehe...kalau siapa2 ada idea untuk nama baby boy aNNie ni, bolehla kemukakan cadangan anda...hikhik~

chaiyok2 aNNie...teruskan pencarian nama itu...~

Sunday, May 16, 2010

aNNie seorang guru...(^_^)~



Guru..
Kau lahirkan sebuah peradaban
Memalui nilai sebuah kasih
Kau layari sebuah dimensi
Melalui rasa hati
Kau pupuk kebijaksanaan
Melalui penyampaian

Guru
Sesungguhnya di dadamu ada harapan
Di lidahmu ada ikatan
Bicaramu, bicara ilmu
Kemarahanmu adalah firasat

Guru
Perjuanganmu, perjuangan bangsa
Didiklah, tuntunlah bunga negara
Kerana di bahumu terpikul amanah itu...


Guru itu unik...walaupun guru itu cuma seorang guru biasa, tapi gurulah yang telah menyebabkan lahirnya ahli bijak pandai di dunia ini.. kenapa aNNie kata guru itu unik? kerana sepanjang pengalaman aNNie menjadi guru, dah bermacam-macam bidang pekerjaan yang aNNie dah buat..antaranya:


  • DOKTOR @ NURSE - bila pelajar kita sakit, guru lah yang kena merawat pelajar itu sebelum dihantar ke klinik..

  • AHLI NUJUM - sebagai guru, kita semua perlu meramal kejayaan seseorang pelajar kita.. semua guru mesti dah biasa dengan istilah ETR kan..

  • HAKIM - mengadili sesuatu pergaduhan antara pelajar dah menjadi pekerjaan biasa seorang guru.

  • POLIS - menangkap pelajar yang membuat kesalahan seperti bergaduh, merokok dan sebagainya..

  • TUKANG KEBUN - bergorong-royong bersama-sama pelajar menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan sekolah..

  • PEGUAM - menjawab semua soalan yang diutarakan oleh penjaga pelajar tersebut.

  • PAK GUARD - menjaga keselamatan pelajar terutama ketika program perkhemahan..
Hari ini, 17 Mei 2010.. semua guru dan pelajar di Malaysia meraikan sambutan hari guru di peringkat sekolah.. tahun ini adalah kali ketiga aNNie meraikan hari guru.. terima kasih yang tidak terhingga kepada anak murid aNNie yang sanggup berkorban wang ringgit untuk membeli hadiah untuk cikgu aNNie yang comel ini.. (^^).. terasa diri ini sangat dihargai dan aNNie bangga dengan diri sendiri sebab menjadi seorang guru.. ucapan Selamat Hari Guru aNNie ucapkan kepada semua warga guru di Malaysia terutama buat suami tercinta, Cikgu Che Mohd Saribuwan yang baru saja dinobatkan sebagai 'GURU PALING SPORTING' di SMKAB.. tahniah sayang..!! isterimu ini berbangga denganmu.. semoga gelaran itu terus menjadikan dirimu seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam mendidik.. tidak lupa buat guru-guru yang telah mengajar aNNie sejak aNNie kecik, guru-guru PASTI J10, SKJ10, SMKJ02, SMSS, Matrikulasi Perak dan UM.. juga buat rakan-rakan guru di SMK Tersang dan sahabat serta ahli keluarga yang sama-sama berjuang dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa..

"Guru Pembina Negara Bangsa" !!

Thursday, May 13, 2010

MOM & BABY FAIR....

Alhamdulillah....berlalu sudah tarikh 8 mei yang aNNie nanti-nantikan selama ini...tarikh keramat itu adalah tarikh dimana aNNie n Encik 1001 merancang untuk menshoping barang-barang keperluan anak sulung kami....skrg usia kandungan aNNie ialah 6 bulan 1 minggu...memang macam terlalu awal untuk buat persediaan..tapi atas nasihat rakan-rakan guru yang sangat mengambil berat tentang diri aNNie, aNNie ikut aje...lagipun 7-9 mei lepas ada MOMS & BABY FAIR kat mid valley....Barang-barang yang nak dibeli aNNie dah listkan awal-awal lagi...macam-macam info yang aNNie dah tanya pada kawan-kawan dan kakak aNNie...

Pagi 8 Mei 2010, bermula lah ekspedisi membeli barang-barang untuk anak kesayanganku ini nanti... keterujaanku semakin terserlah bila ternampak ramai ibu-ibu mengandung ada kat mid valley pada hari tersebut...sampai aje di tapak expo, rasa macam tak tahu barang apa yang nak dibeli...banyak sangat barang-barang kat sini...orang pun agak ramai...kami berdua yang memang cetek ilmu keibubapaan (sebab tak ada matapelajaran ni kat sekolah dulu) buat keputusan untuk survey je dulu untuk round pertama..round kedua baru start shoping... aNNie dapat rasakan keseronokan shoping barang keperluan baby melebihi keseronokan shoping barang kahwin..sebab masa ini la perlukan keserasian kami berdua dalam membuat keputusan untuk memilih barang...aNNie sangat seronot + teruja dengan pengalaman ni...!! walaupun kaki tersangat lenguh dan badan pun rasa macam dah penat, tapi aNNie tetap masih boleh pilih barang keperluan yang sesuai untuk anak kami nanti...tak banyak sangat barang yang kami boleh beli sebab kami masih belum tahu jantina baby...sekarang ni aNNie masih survey-survey kat internet barang keperluan baby yang belum beli lagi...tak sabar nak tunggu episod shoping yang kedua...=)


Ini adalah barangan baby pertama yang aNNie beli... yang ni aNNie tak beli kat Midvalley, tapi beli kat Raub je.. mase tu aNNie baru pregnant 2 bulan... tapi aNNie seronok tengok barang-barang baby ni... tak sangka pulak boleh terbeli toy untuk baby...hehe...



yehaa...inilah antara barangan keperluan baby yang aNNie jumpa kat Mom & Baby Fair kat Midvalley.. Sili Smart Anti Colic Bottle adalah produk keluaran US BABY yang sangat sangat berkualiti..yang penting botol susu ni adalah BPA Free.. aNNie beli satu set terus.. ada 3 botol susu, bekas simpan susu, puting susu, straw, berus botol dan klip puting.. kenapa aNNie beli warna kuning? sebab set ni cuma ada 2 warna sahaja, kuning dan pink.. warna kuning sesuai untuk baby boy or girl..betul tak? hehe~


cute bag jenama FIFFY yang aNNie sangat sangat suka... nampak je terus aNNie ambil... terus juga bagi kat Encik 1001 yang tgh queue dengan panjangnya di kaunter untuk proses pembayaran..

Yang ni pula FLOWERY HAT...comel tak? flowery hat ni aNNie beli secara online kat koleksicomel.com.. walaupun aNNie tak tahu lagi jantina anak aNNie, tapi aNNie memang sangat tertarik dengan hat ni... kalau dapat baby boy pun aNNie tak kisah, aNNie masih boleh simpan hat ni kan...=)

ni pula ladybird romper... juga aNNie beli melalui koleksicomel.com.. yang ni aNNie rasa baby boy or girl dua-dua boleh pakai... so tak ada masalah la kan... comel tak??