Friday, October 22, 2010

Takkan ku lupakan detik itu..

Alhamdulillah...kini genap 2 bulan aku bergelar ibu kepada anak sulungku, UMAR AWSAM... masih terbayang2 lagi bagaimana proses kelahiran anakku ini...sebagai kenangan untuk diriku sendiri, aku coretkan rentetan peristiwa pada hari tersebut..

Aritu hari sabtu, 21 Ogos 2010..dah seminggu aku mencutikan diri di kg halaman..ada 8 hari lagi untuk sampai ke tarikh jangkaan bersalin. Masa nak solat zohor, sedang aku nak ambil wuduk, aku perasan ade darah + lendir sikit. oh! aku terpanic..ni ke tanda2 nak bersalin? aNNie..dont panic..relaxs..

Aku bergegas bgtau kepanican aku td kat CMS..CMS ajak gi hospital tp aku xde rasa sakit pape pun lagi..so ignore je la dlu..ptg pas asar ktorg gi bazar ramadhan..aku teringin nak mkn cendol. masa kat bazar ramadhan tu aku dh mula rasa sakit2 mcm senggugut tu..

Balik tu inform mak..mak suh pegi hospital after maghrib nanti..masa nak solat maghrib tu ada lagi keluar sikit darah..ktorg pun bergegas pegi hospital..nurse cek bukaan baru 2 cm..tapi masa nurse cek denyutan jantung baby, nurse kata macam ada masalah sikit n air ketuban kurang. Aku ditahan wad n dimasukkan air. Pukul 11 malam, aku dah mula rasa contraction tp x kuat..masih boleh kawal..masa tu sempat lagi tgk cite cerekarama kat wad tu sambil makan roti.

Pukul 12 mlm, aku dh rasa x boleh tahan..darah mula keluar agak banyak..tiba2 time tu rasa sakit perut mcm nak buang air besar. Mak ngan CMS ada tggu aku kat tepi tingkap luar wad tu sbb x dibenarkan masuk. Masa tu aku hanya boleh berserah dengan Allah s.w.t. Mak risau sangat mak kata tu sakit perut nak beranak dah, tapi aku yakin aku memang nak buang air besar. Masa otw g toilet, nurse nampak darah aku dah menitik-nitik. nurse suh aku baring nak cek bukaan tapi aku dah x tahan, nak g toilet jugak..keluar je, nurse cek bukaan dah 5 cm.aku dimasukkan dalam labour room. CMS ketuk2 pintu wad nak masuk teman aku. Dalam labour room, doc cek bukaan dah 8 cm n dia terus pecahkan air ketuban. Contraction makin kuat n aku rasa baby ni macam melonjak nak keluar sendiri. Aku cuba push sekuat hati tapi masih x berjaya. Macam2 nurse n CMS bagi kata-kata semangat. Akhirnya tepat jam 2.00 pagi, tanggal 22 Ogos 2010, anakku selamat dilahirkan ke dunia..

Walaupun baby dah selamat dilahirkan, aku masih kena tahan kat labour room utk proses bersihkan rahim dan proses jahitan..kenangan pahit buat aku apabila nurse tersilap jahit dan terpaksa buka semula hampir separuh jahitan. Sakitnya masa tu melebihi kesakitan masa nak melahirkan anak..huhu..aku agak serik untuk bersalin lagi..bukan serik masa nak lahirkan tu, tapi serik masa nak kena jahit..pukul 4.00 pagi, baru la semuanya selesai dan aku direhatkan di wad bersama-sama anakku, Umar Awsam...CMS azankan kat telinga Umar. Kami bersyukur padamu Ya Allah kerana dipermudahkan dan dikurniakan cahaya mata ini. Sekian sahaja ceritaku buat tatapan anda semua..hehe...