Alhamdulillah..arini
baby Amir Awfar dah masuk day 4 of life..Cuma aku sedikit risau sebab mata dan kulit
badan Amir nmpk kuning..pagi ni CMS gi klinik desa untuk inform kat JM tentang Amir.tak lama lepas tu 2 org JM pun datang rumah untuk check Amir..JM suruh ktorg gi poliklinik pagi ni jugak sebab kulit Amir nampak kuning sangat. Lepas bersiap, ktorg pun
bergegas ke poliklinik..Amir kena amik darah n bacaan kuning Amir mencecah 21
ataupun 358..dah melebihi ET level iaitu paras baby kena tukar darah..doc kata
kena terus bawa Amir ke Hosp Temerloh sebab Hosp Bandar Jengka tak boleh handle baby yang
paras kuning tinggi sangat..pagi tu juga aku n Amir terus dibawa ke hosp Temerloh dengan kenderaan
hosp. Bacaan kuning Amir masa kat hosp tmrloh naik lagi jadi 390..Amir kena masuk
air, duduk bawah 2 lampu n kena puasa..aku tak boleh bagi susu kat Amir..sedihnya hati
seorang ibu hanya Allah je yang tahu..
Masuk
hari ke-3 kat wad, akhirnya paras kuning Amir dah turun n tak perlukan lampu lagi. Amir dah boleh duduk skali dengan aku n aku dah boleh direct bf. Tapi sku still
rasa tak sedap hati sebab Amir kurang menangis..bila menyusu pun sekejap je..after
doc check, doc ambil keputusan untuk bagi antibiotic kat Amir..untuk completekan
antibiotic tu, aku kena stay wad lagi 5 hari..huhu..xpela, yang penting Amir
sihat n aktif.
Masuk
hari ke-9 kat wad, aku rasa gembira sangat bila doc kata arini Amir dah boleh
discharge..rasa tak sabar sangat nak balik n jumpe Abg Umar..sejak aku kat wad ni, 2
kali je aku jumpe Umar..rindu sangat2 kat anak sulung aku tu..
Sekarang Amir dah masuk day 20 of life..Amir dah makin kuat menyusu dan sihat..kalau menangis pun boleh tahan kuatnya..terima kasih kepada semua doc n nurse HoSHAS yang telah memberi rawatan kepada Amir..cuma ade beberapa perkara yang buat aku terkilan sikit sepanjang Amir kena tahan wad aritu..antaranya:
1. Tali pusat Amir tertanggal dan hilang masa Amir dibawah jagaan doc..bila aku tanya, masing2 tak tahu..
2. Sampel darah Amir untuk dihantar ke makmal hilang..!! kes kecuaian doc pelatih..menyebabkan doc terpaksa repeat amik darah Amir sebanyak 2 kali lagi..habis tangan n kaki Amir penuh dengan kesan jarum..=(
3. Buku rawatan Amir hilang dalam simpanan nurse..kelam kabut diorang cari masa doc mintak..nasib baik akhirnya jumpa juga..huhu..macam2 kan..