Sunday, April 25, 2010

Flashback III : Pertunanganku

Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Tempat : Teratak 298, Jengka 10
Tema : Kuning + Pink

:: Ya Allah,jadikanlah permulaan ini berakhir
dengan sebuah ikatan yang sah ::

:: Debar menanti saat cincin disarungkan bakal ibu mertua ::

:: Sebahagian hantaran daripada aNNie untuk Encik 1001 ::

 :: Sebahagian hantaran daripada Encik 1001 untuk aNNie::

:: cincin disarung tanda mengikat janji ::
  
Tup tup..aNNie dah bertunang..
Tapi dengan siapa?
Ingat lagi tak kisah praktikal aNNie dalam Flashback I ?
Yup..~~ Alhamdulillah, aNNie bertemu jodoh dengan seorang cikgu di Sekolah Aminuddin Baki.
Tapi jangan salah faham.. sepanjang tempoh praktikal, aNNie mengajar sesungguh dan setulus hati.. Cuma tak sangka diri ini sentiasa diperhatikan..cewah cewah...(^,^)..

Seminggu selepas aNNie ber’posting’, aNNie terima message daripada encik 1001 yang bertanyakan khabar aNNie.. tanpa segan silu, encik ini terus je meluahkan perasaannya... oohhh~~ apakah maksudnya ini semua?? (tarikh kejadian: 14 November 2008)

Masa berlalu begitu pantas.. encik 1001 bersungguh-sungguh ingin melamarku.. Sebelum membuat keputusan, aNNie sempat menguji kekentalan hati encik 1001.. dan kesemua ujian itu dihadapi dengan tenang dan aNNie sendiri terkagum dengan keperibadian encik ini...

Ya..~ kini engkau pilihanku...



1 comment: