Sunday, May 30, 2010

surat gagal

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W. PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

 
Tarikh : 28 Mei 2010

 
SITI ROHANI BINTI MOHD KADRI
SMK LKTP TERSANG
FELDA TERSANG 2
27610 RAUB
PAHANG

 
Tuan,

 
KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI BAGI SESI JUN 2010

 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri Sesi Jun 2010 telah mempertimbangkan permohonan tuan dan memutuskan bahawa permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.

 
3. Keputusan adalah muktamad. Permohonan pertukaran guru secara on-line bagi sesi Januari 2011 akan dibuka mulai 1 September 2010.

 
Sekian. Terima Kasih.

 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 
Saya yang menurut perintah

 
t.t

Pengarah
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

huaaaaahuaaaa...huishh! macam budak kecik je nangis-nangis ni..tapi kata orang menangis itu suatu penawar..seperti yang semua sudah sedia maklum berdasarkan isi kandungan surat cinta di atas, aNNie tidak dibenarkan untuk berpindah mengikut suami aNNie..ni mesti tuan pengarah tu saja nak uji kesetiaan aNNie terhadap Encik 1001 kan..tak apalah..apa pun keputusan yang aNNie terima, aNNie redha sebab semua ini adalah ketentuan daripada Allah s.w.t.. pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kegagalan ini. Walau macamanapun, hati aNNie tetap dilanda perasaan berikut sebaik sahaja mengetahui berita kegagalan ini..
....sedih
...sayu
...pilu
...kecewa
...nak nangis
...frust
...tension
...kesunyian
...sepi
...dan yg sewaktu dengannya

 kawan-kawan semua...doakan aNNie tabah mengharungi ujian dan dugaan sepanjang mengandung tanpa suami di sisi ye..doakan juga aNNie dan baby aNNie sihat walafiat dan mudah-mudahan aNNie akan bersalin pada tarikh yang telah dijangka...AMIN...

1 comment:

  1. INsyaAllah!! Allah sangat baik pada kita. Remember that~~

    ReplyDelete