Kau lahirkan sebuah peradaban
Memalui nilai sebuah kasih
Kau layari sebuah dimensi
Melalui rasa hati
Kau pupuk kebijaksanaan
Melalui penyampaian
Guru
Sesungguhnya di dadamu ada harapan
Di lidahmu ada ikatan
Bicaramu, bicara ilmu
Kemarahanmu adalah firasat
Guru
Perjuanganmu, perjuangan bangsa
Didiklah, tuntunlah bunga negara
Kerana di bahumu terpikul amanah itu...
Guru itu unik...walaupun guru itu cuma seorang guru biasa, tapi gurulah yang telah menyebabkan lahirnya ahli bijak pandai di dunia ini.. kenapa aNNie kata guru itu unik? kerana sepanjang pengalaman aNNie menjadi guru, dah bermacam-macam bidang pekerjaan yang aNNie dah buat..antaranya:
DOKTOR @ NURSE - bila pelajar kita sakit, guru lah yang kena merawat pelajar itu sebelum dihantar ke klinik..
AHLI NUJUM - sebagai guru, kita semua perlu meramal kejayaan seseorang pelajar kita.. semua guru mesti dah biasa dengan istilah ETR kan..
HAKIM - mengadili sesuatu pergaduhan antara pelajar dah menjadi pekerjaan biasa seorang guru.
POLIS - menangkap pelajar yang membuat kesalahan seperti bergaduh, merokok dan sebagainya..
TUKANG KEBUN - bergorong-royong bersama-sama pelajar menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan sekolah..
PEGUAM - menjawab semua soalan yang diutarakan oleh penjaga pelajar tersebut.
PAK GUARD - menjaga keselamatan pelajar terutama ketika program perkhemahan..
Hari ini, 17 Mei 2010.. semua guru dan pelajar di Malaysia meraikan sambutan hari guru di peringkat sekolah.. tahun ini adalah kali ketiga aNNie meraikan hari guru.. terima kasih yang tidak terhingga kepada anak murid aNNie yang sanggup berkorban wang ringgit untuk membeli hadiah untuk cikgu aNNie yang comel ini.. (^^).. terasa diri ini sangat dihargai dan aNNie bangga dengan diri sendiri sebab menjadi seorang guru.. ucapan Selamat Hari Guru aNNie ucapkan kepada semua warga guru di Malaysia terutama buat suami tercinta, Cikgu Che Mohd Saribuwan yang baru saja dinobatkan sebagai 'GURU PALING SPORTING' di SMKAB.. tahniah sayang..!! isterimu ini berbangga denganmu.. semoga gelaran itu terus menjadikan dirimu seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam mendidik.. tidak lupa buat guru-guru yang telah mengajar aNNie sejak aNNie kecik, guru-guru PASTI J10, SKJ10, SMKJ02, SMSS, Matrikulasi Perak dan UM.. juga buat rakan-rakan guru di SMK Tersang dan sahabat serta ahli keluarga yang sama-sama berjuang dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa..
"Guru Pembina Negara Bangsa" !!
"Guru Pembina Negara Bangsa" !!







xde pon ucapan slmt hari guru utk cikgu ct aishah ni..huhuu
ReplyDeleteade la..cube bace ayat dlm baris dua terakhir..kan ade tulis 'ahli keluarga'..hehe
ReplyDelete